Carian
Apple Membatalkan Perancangan Untuk Pelan Langganan iPhone
December 19, 2024 Effi Saharudin

Lebih dua tahun lalu muncul ura-ura Apple akan memperkenalkan pelan langganan iPhone. Menerusinya pelanggan akan menerima model terkini iPhone setiap kali ia dilancarkan menerusi bayaran bulanan. Tetapi menurut Mark Gurman untuk Bloomberg, Apple tidak lagi akan meneruskan pelan ini.

Ini adalah kerana kebimbangan peraturan yang dikenakan pihak berkuasa, pepijat pada perisian dan isu-isu lain. Pasukan yang sedang membangunkan perkhidmatan langganan ini telah dibubarkan dan ditugaskan semula kepada projek lain.

Terdapat sesetengah peminat tegar yang akan bertukar kepada model paling baharu walaupun peranti lama masih lagi elok dipakai. Dengan jualan telefon pintar global turun tahun lalu dan dijangka berulang semula tahun ini, perkhidmatan langganan mungkin dapat menjadi pemangkin jualan.

Komen