Carian
YouTube Mula Membanteras Video Dengan Tajuk dan Grafik Umpan Klik
December 20, 2024 Effi Saharudin

Du tahun lalu kami terbitkan artikel mengatakan YouTube mempunyai masalah terlalu banyak video yang menggunakan teknik umpan klik (click bait) dan tajuk seakan tabloid murahan bagi meraih tontonan. Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton. YouTube pagi ini mula membanteras amalan ini bermula di India terlebih dahulu.

Untuk memastikan pencipta kandungan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan penguatkuasaan ini, YouTube akan membuang kandungan yang melanggar dasar ini tanpa mengenakan hukuman strike pada saluran. Seperti sedia maklum saluran yang mengumpul tiga strike akan dipadam serta akan pula akan digantung.

Komen