Carian
Rekaan Komputer Riba Lenovo Dengan Skrin Boleh Digulung Tertiris – Bakal Tiba Tahun Depan
December 20, 2024 Effi Saharudin

Pada tahun 2022 ketika acara Lenovo Tech World, Lenovo memperlihatkan konsep komputer riba dengan skrin yang boleh digulung. Apabila diperlukan, skrin akan menjadi lebih besar dengan ia bergerak ke atas. Peranti konsep ini nampaknya akan dilancarkan tahun depan menggunakan nama Lenovo ThinkBook Plus dengan rekaannya telah ditiriskan oleh @evleaks hari ini.

Apabila skrin “dinyahgulung” sepenuhnya, Lenovo ThinkBook Plus seakan-akan mempunyai dua skrin 16:9 yang disusun bertindih di atas satu sama lain. Dua perisian boleh dipaparkan serentak apabila mod ini diaktifkan. Rekaan fizikal komputer riba ini adalah sama sahaja dengan konsep dari dua tahun lalu. Panel belakang melungsur ke atas bagi menjadikan skrin lebih tinggi.

Masih tidak diketahui apakah spesifikasi Lenovo ThinkBook Plus tetapi komputer riba siri ini lazimnya adalah dari kelas mercu. Dengan rekaan tertiris, besar kemungkinan Lenovo ThinkBook Plus akan diperlihatkan di CES Vegas pada Januari depan.

Komen