Carian
Komputer Kompak ASUS NUC 14 Pro AI Dilancarkan Sebagai Pesaing Mac Mini
December 23, 2024 Effi Saharudin

Komputer kompak ASUS NUC 14 Pro AI telah dilancarkan dengan ia adalah pesaing kepada Mac Mini dengan cip M4. Ia mempunyai ukuran dimensi 130 x 130 x 34mm dan hadir dengan pilihan cip Intel Core Ultra 5 226V hingga Intel Core Ultra 9 288V yang dipadankan dengan grafik Intel Arc, memori sehingga 32GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 2TB M.2 2280 PCIe Gen 4.

Terdapat port Thunderbolt 4 USB-C, USB-A, bicu audio 3.5mm, HDMI, ethernet 2.5Gbps dan pengimbas cap jari. Komputer juga menyokong WiIFi 7 dan juga bluetooth 5.4. Pada waktu yang sama terdapat butang khas untuk Copilot yang membolehkan pembantu maya ini dikawal menggunakan arahan suara.

Pada ketika ini harga jualan masih belum diumumkan. Ini ialah PC kompak yang lebih mampu milik berbanding ASUS ROG NUC yang dijual pada harga bermula RM8999 di Malaysia sejak Jun lalu.

Komen