Carian
xAI Meraih Suntikan Dana Baharu Berjumlah $6 Bilion – Grok-3 Dalam Pembangunan
December 24, 2024 Aman

xAI, syarikat memfokuskan kecerdasan buatan oleh Elon Musk kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana berjumlah $6 bilion daripada sejumlah pelabur. Perkongsian baharu ini hadir selepas xAI mengumumkan telah meraih dana berjumlah $6 bilion juga pada Mei 2024 lepas, membawa kepada jumlah dana yang diraih pada tahun ini mencapai $12 bilion.

Sejak menerima suntikan dana terakhir, pihak xAI telah memperlihatkan pembangunan sihat dalam arena kecerdasan buatan, termasuk pengenalan Grok-2 yang lebih pintar dalam memberikan jawapan, sokongan penjanaan gambar melalui model dinamakan Aurora, selain turut membentuk adikomputer terbesar menggunakan 100,000 GPU NVIDIA Hopper. Disamping itu, semalam juga memperlihatkan xAI telah mula menguji aplikasi khusus untuk Grok bagi pengguna iPhone.

Bersama-sama pengumuman ini, xAI turut mengatakan mereka sedang membangunkan Grok 3, dan kini pada fasa latihan. Namun, tiada tarikh pelancaran dikongsikan buat masa ini untuk model terbaru tersebut.

Komen