Selepas dituduh sebagai sebuah perniagaan monopoli di Amerika Syarikat, Google kini dituduh pula melakukan perniagaan anti persaingan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun Jepun (JFTC). Antara tuduhan yang dilemparkan ialah menerusi Chrome, Google turut didapati membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search.
Pada peranti pengeluar pula, Google memaksa mereka untuk menyertakan Chrome bersama dengan Play Store. Ini melanggar RUU anti persaingan Jepun yang tidak membenarkan amalan seperti ini dilakukan. Siasatan ke atas Google dilakukan oleh JFTC sejurus selepas mereka didapati sebuah monopoli di Amerika Syarikat.
Tahun ini melihat beberapa syarikat teknologi utama dunia didenda berbilion Dolar kerana amalan perniagaan mereka yang didapati tidak menggalakkan persaingan daripada syarikat lain.