Tahun hadapan, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan satu model tambahan kepada barisan Galaxy S25 mereka. Model ini dikatakan adalah Galaxy S25 Slim yang ingin bersaing bersama dengan Apple iPhone 17 Air.
Terbaru, FNNews dari Korea melaporkan yang Samsung akan mula menjual siri Galaxy S25 pada 7 Februari 2025. I adalah dua minggu selepas tarikh pelancaran rasmi yang dijangka akan berlaku pada 22 Januari. Hanya tiga peranti akan diperkenalkan iaitu Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra. Setiap peranti akan dijana cip Snapdragon 8 Elite dengan One UI 7.
Untuk Galaxy S25 Slim ia dikatakan akan dilancarkan pada kemudian hari. Mungkin seperti Galaxy Z Fold6 SE yang dilancarkan kemudian selepas pelancaran Z Fold6. Buat masa ini masih tiada butiran tetapi ada kemungkinan harga jualan adalah lebih tinggi kerana kos pembangunan, pembinaan dan pengeluaran siri Galaxy S25 kali ini juga lebih tinggi. Sama-sama kita nantikan.