Oppo A5 Pro dilancarkan secara rasminya di China. Ia dilengkapi dengan skrin sebesar 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 394 nits. Ini digabungkan dengan cip Mediatek Dimensity 7300, memori 12GB RAM, storan dalaman 512GB dan perisian terkini ColorOS 15.
Selain itu mempunyai sistem dwi-kamera utama 50MP OIS + 2MP dan swafoto 16MP. Bateri 6,000mAh disertakan pula boleh dicas melalui pengecasan pantas 80W dan port USB-C. Lain-lain spesifikasi terdiri dengan imbasan cap jari di skrin, NFC, bluetooth 5.4, dan kalis air IP66/68/69. Bagaimanapun Oppo tidak memperincikan tentang penawaran di Malaysia. Namun untuk rekod Oppo A3 Pro sedia dijual di pasaran dengan harga jualan RM1,099 (8/256GB).