Carian
ASUS Mengacah Kehadiran Komputer Riba Copilot+ Baharu
December 26, 2024 Amy Maizuraa

Kemaskini di media sosial rasmi ASUS menunjukkan terdapatnya komputer riba Copilot+ baharu akan dilancarkan pada Januari 2025. Meskipun video promosi tidak mendedahkan sebarang maklumat penting tentang komputer riba. Namun ASUS dijangka boleh melancarkan model baharu di bawah rangkaian Zenbook yang terkenal dengan binaan serba padat, nipis dan ringan. Ini berpadanan dengan konsep yang diperlihatkan dalam video promosi rasmi berkenaan.

ASUS sememangnya tidak asing lagi untuk segmen komputer riba berkuasa yang padat, nipis dan ringan terutamanya dalam kalangan pengguna setia. ASUS turut sentiasa memberi yang terbaik untuk bersaing dengan lebih hebat di pasaran. lebih banyak maklumat lanjut dipercayai boleh didedahkan dalam masa terdekat.

Komen