LG melancarkan monitor UltraGear OLED Bendable Gaming Monitor 45GX990A yang adalah skrin 45″ dengan resolusi 5K2K boleh dilenturkan pertama dunia. Dalam mod melengkung ia mempunyai jejari 900R. Ia bernisbah 21:9, menyokong resolusi 5K2K (5120 x 2160 pixel) dan juga digunakan dalam mod rata sekiranya diperlukan oleh pemilik.
Terdapat sokongan Nvidia G-Sync dan AMD FreeSync Premium Pro tetapi LG tidak pula berkongsi apakah kadar segar semula skrin yang disokong. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi produk akan diperlihatkan secara rasmi di acara CES 2024 pada bulan depan. Kerana ia adalah produk generasi pertama, besar kemungkinan harga jualannya kelak adalah lebih tinggi berbanding monitor biasa.
Ini bukanlah monitor skrin boleh dilentur pertama di dunia. Pada tahun 2022, monitor Corsair XENEON FLEX 45WQHD240 OLED dilancarkan dengan skrin 45″, resolusi 4K dan kadar segar semula 240Hz.