Carian
Google Gemini Menyasarkan 500 Juta Pengguna Pada 2025 Dan Tiada Harga Langganan Mahal
December 30, 2024 Fahim Zahar

Wakil Google sendiri menyedari betapa signifikannya AI kepada OpenAI, sepertimana carian kepada Google. Disebabkan itu, tahun 2025 nanti Google mempunyai cita-cita besar untuk Gemini dan ia sangat mencabar.

CEO Google iaitu Sundar Pichai, beliau menyasarkan Gemini akan mencapai lebih 500 juta pengguna sepertimana 15 aplikasi/perkhidmatan lain mereka yang sudah mencapai jumlah ini. Sehingga hari ini, Google sibuk membangunkan model bahasa raya lebih berkuasa untuk Gemini. Google juga tidak menyasarkan akan menjadi syarikat AI di tangga pertama, sebaliknya ingin memastikan produk mereka menjadi yang terbaik sebelum ingin benar-benar bersaing.

Paling penting, Google turut tidak ingin menawarkan harga langganan sehingga $200 iaitu sekitar RM900 untuk Gemini seperti OpenAI dengan model O1 mereka. Menurut Google, harga $20 sebulan iaitu RM97.99 di Malaysia adalah satu harga yang mempunyai nilai terbaik.

Adakah anda pengguna Gemini atau setia dengan ChatGPT?

Komen