MSI Claw 8 AI+ telah diperkenalkan beberapa bulan lalu, dan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 285V “Lunar Lake”, cip pemprosesan untuk komputer riba nipis dan ringan terbaru untuk menguasakan konsol tersebut.
Terkini, Nextrift telah melaporkan bahawa konsol tersebut sudahpun disenaraikan di SIRIM untuk ujian, dan nampaknya ia akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia disenaraikan sebagai “Claw 8”, tetapi oleh kerana model MSI Claw 8 sudahpun dijual di pasaran tempatan.
Jika dilihat berdasarkan artikel pandang pertama kami, selain daripada cip pemprosesan Intel Lunar Lake yang dikatakan, ia hadir dengan paparan skrin IPS sebesar 8 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan bateri sebesar 80Wh dan dua palam Thunderbolt 4.
Setakat ini, ia tidak diketahui lagi bilakah MSI Malaysia akan mula menjual konsol ini di pasaran tempatan. Jangkaan kami ialah kita tidak perlu menunggu lama kerana pra-tempahan untuk konsol ini sudahpun dibuka untuk pasaran-pasaran seperti Amerika Syarikat dan akan diperlihatkan secara rasmi sewaktu acara CES 2025.