Vivo juga akan melancarkan sepasang set kepala realiti-gabungan (MR) tahun depan menerusi imej acah yang telah dikongsi. Berdasarkan lakaran yang dapat dilihat pada imej di bawah, set kepala MR ini mempunyai rekaan yang mirip dengan Apple Vision Pro.
Beberapa maklumat yang tertiris mengatakan peranti akan dilancarkan pada bulan September. Pada peringkat awal ia akan hanya diuji di kalangan pengguna di China terlebih dahulu sebelum mereka mengambil keputusan sama ada ia akan dijual kepada umum.
Ini mungkin langkah yang bijak daripada Vivo kerana awal tahun depan Samsung dijangka akan melancarkan set kepala Project Moohan dengan sistem operasi Android XR. Ia boleh dijadikan kayu pengukur sama ada masih wujud permintaan untuk sebuah lagi set kepala MR di pasaran.