Carian
EU Mewajibkan Penggunaan Pengecas USB-C Bermula Esok
December 31, 2024 Effi Saharudin

Negara-negara Kesatuan Eropah akan mewajibkan pengguna pengecas dengan kepala USB-C bermula esok, 1 Januari 2025. Arahan ini telahpun diwartakan di negara-negara ahli pada 28 Disember lalu dengan keputusan ini diumumkan kepada pengeluar dua tahun yang lalu.

Peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet, kamera digital, fon kepala, set kepala, konsol mudah alih, speaker mudah alih, pembaca ebuku, papan kekunci, tetikus, TWS dan sistem GPS mudah alih wajib menggunakan USB-C sekiranya kuasa diperlukan adalah bawah 100W.

Kelonggaran diberikan kepada komputer riba sehingga 28 April 2026 dan juga konsol seperti PlayStation 5. Apple misalnya masih boleh menjual MacBook dengan pengecas MagSafe. Peranti yang masih belum dilengkapi USB-C masih boleh dijual tetapi pengeluar dilarang mengeluarkan stok baharu tanpa USB-C.

Arahan ini adalah penyebab mengapa Apple tidak lagi mengeluarkan peranti dengan port Lightning dan menghentikan jualan iPhone 14 serta iPhone SE 3 di Eropah.

Komen