Apple Mula Menghentikan Jualan iPhone 14 Dan iPhone SE 3 Di Pasaran Eropah
Fahim Zahar
Kini sudah 30 Disember 2024, dua hari selepas 28 Disember dan ini bermakna semua telefon pintar kini perlu mempunyai USB-C jika ingin dijual di Eropah. Perubahan ini turut jelas berlaku selepas kesemua iPhone 15 mula menggunakan USB-C dan pada masa yang sama untuk mengurangkan masalah sisa elektronik – semakin banyak peranti turut tidak lagi menyediakan pengecas dalam pakej pembelian.

Di negara-negara di bawah Kesatuan Eropah seperti Austria, Belgium, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Italy, the Netherlands, Sepanyol, Sweden dan banyak lagi – iPhone 14, iPhone 14 Plus, dan iPhone SE 3 tidak lagi dijual.

Jualan mula dihentikan di laman web Apple Store, sementara di kedai fizikal hanya stok sedia ada sahaja akan dijual sehingga ia habis. Tahun hadapan, iPhone SE 4 akan melengkapkan keluarga iPhone dengan USB-C bersama-sama dengan siri iPhone 17.
Menjelang tahun 2025, Arab Saudi dan India turut akan menyelaraskan penggunaan USB-C. Arab Saudi akan memulakan piawaian baharu ini 1 Januari 2025, sementara India pula akan bermula pada Mac 2025.
[sumber] MacRumors [/sumber]