Carian
Perlesenan Platform Media Sosial Di Malaysia Berkuat-kuasa Hari Ini
January 1, 2025 Aman

Kerajaan telah sedia mengumumkan pelaksanaan pelesenan platform media sosial, dan dengan tibanya tahun baharu 2025, arahan berkenaan mula berkuat-kuasa bermula hari ini. Dengan langkah ini, semua platform media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna diperlukan mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia, dan sekiranya tidak telah melanggar akta yang ditetapkan.

Langkah perlesenan ini dilakukan dalam memastikan platform lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing, disamping memastikan tiada kandungan yang berbahaya termasuk lucah, perjudian dan penipuan dikekang pada platform masing-masing. Proses perlesenan ini adalah untuk platform media sosial dan bukannya untuk orang perseorangan.

Sebanyak 8 platform media sosial diperlukan untuk memohon lesen buat masa ini, iaitu WhatsApp, Facebook, Instagram, X (dulunya Twitter) YouTube, Telegram, WeChat dan juga TikTok. Mengikut perkongsian terakhir, ia dikatakan Telegram dan WeChat telah memulakan proses permohonan pelesenan berkenaan.

Platform yang disabitkan bersalah dibawah pelaksanaan pelesanan baharu ini boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 serta ditambah denda setiap hari bagi kesalahan berterusan.

Komen