Carian
Komputer Riba Dengan NVIDIA GeForce RTX 5060 Memperlihatkan Skor Penanda Aras Yang Sangat Baik
January 2, 2025 Nazrin

NVIDIA dijangka akan memperlihatkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 terbaru mereka pada minggu hadapan, tetapi itu adalah untuk kad grafik kelas desktop. Terkini, terdapat sejumlah butiran baru tertiris mengenai kad grafik dalam siri ini untuk komputer riba.

Terkini, skor penanda-aras 3DMark untuk sebuah komputer riba yang menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 telahpun tertiris ke arena web. Tangkapan layar yang diperlihatkan ialah penanda-aras Time Spy, dan hadir dengan skor 12,756, yang merupakan peningkatan 30 peratus apabila dibandingkan dengan komputer riba yang menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060.

Tangkapan layar ini diperlihatkan pada sebuah video di Bilibili, dan nampaknya banyak pengeluar komputer riba sudahpun bersedia untuk memperkenalkan komputer riba dengan siri kad grafik kelas terbaru tersebut pada tahun ini.

Jika angka penanda-aras ini adalah tepat, ini bermakna bahawa komputer riba yang tampil dengan kad grafik GeForce RTX 5060 ini dilihat sangat sesuai untuk dimiliki oleh gamer yang mungkin mahukan sebuah komputer riba gaming yang mempunyai harg mampu milik.

Komen