Carian
ZOTAC Gaming Zone Baru Mungkin Dikuasakan Cip AMD Ryzen 300 AI – Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
January 2, 2025 Nazrin

Pada pertengahan tahun lepas, ZOTAC, jenama pembuat komponen PC telah memperkenalkan konsol PC mudah-alih pertama mereka yang dinamakan ZOTAC Gaming Zone, yang kini telahpun mula dijual dipasaran tempatan.

Terkini, ZOTAC nampaknya akan memperkenalkan sebuah lagi konsol mudah alih, yang mana kali ini ia dikuasakan dengan sebuah cip pemprosesan AMD Ryzen AI 300 yang baru, tetapi belum diketahui lagi samada ia adalah cip Strix Halo ataupun Strix Point.

Selain daripada menggunakan cip pemprosesan baru ini, konsol ini juga akan tampil dengan penambahbaikan dari segi jumlah memori dan storan yang akan ditawarkan. Ia juga dikatakan bahawa rekaan rangka Zotac Gaming Zone baru ini akan hadir dalam warna putih.

ZOTAC Gaming Zone yang dijual di pasaran sekarang dikuasakan oleh cip AMD Ryzen 7 8840U bersama-sama dengan memori LPDDR5X sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe Gen4 M.2 2280 dengan storan sebesar 512GB. Ia hadir dengan paparan skrin sesentuh AMOLED bersaiz 7.0 inci dengan resolusi Full HD, kadar segar semula 120Hz dan nilai kecerahan 800nit bersama-sama sudut pandangan 170 darjah.

ZOTAC dijangka akan memperlihatkan konsol baru mereka di acara CES 2025 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Komen