Apple bersetuju membayar pampasan $95 juta selepas Siri didapati melakukan rakaman audio pengguna tanpa kebenaran. Kes diselesaikan di luar mahkamah dan pengguna di Amerika Syarikat boleh menerima pampasan $20 untuk setiap peranti yang dimiliki dengan had maksimum 5 peranti seorang.
Saman kumpul difailkan pada tahun 2019 selepas siasatan The Guardian mendapati Siri boleh diaktifkan secara tidak sengaja oleh pengguna. Rakaman audio yang digunakan bagi tujuan latihan ini kemudiannya didengari oleh kontraktor pihak ketiga. Antara yang dirakam ialah perbualan peribadi, dan perbincangan dengan doktor yang melanggar privasi pengguna.
Peranti yang terkesan ialah iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook, iMac, HomePod, iPod touch, dan Apple TV. Selepas laporan diterbitkan Apple memohon maaf dan mengatakan rakaman audio tidak lagi akan dilakukan.