Carian
Apple Mengemaskini AirTag Dengan Label Amaran Keselamatan Untuk Kanak-Kanak
January 3, 2025 Fahim Zahar

Apple AirTag adalah antara produk Apple yang paling kecil dan satu-satunya bateri boleh ditukar sendiri oleh pengguna. Akan datang, AirTag generasi kedua akan dilancarkan. Sementara menunggu versi baharu, AirTag sedia ada telah dikemaskini dengan perkongsian carian lokasi dan terbaru label amaran keselamatan untuk kanak-kanak.

Contoh label amaran CPSC

Dengan kerjasama bersama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC), produk Apple dengan bateri jenis sel butang atau syiling perlu mempunyai label yang ia bahaya untuk ditelan kanak-kanak. Untuk itu, pembungkusan AirTag kini memaparkan label-label amaran keselamatan yang sepatutnya.

Bukan itu sahaja, dari dalam aplikasi Find My juga ketika pengguna menukar bateri akan ada amaran tambahan di skrin. Cukup menarik untuk melihat Apple menuntut perintah kerajaan dan tukar terus pembungkusan AirTag walaupun versi generasi kedua dijangka tiba tahun ini.

Komen