Carian
Samsung Good Lock Akan Terbuka Kepada Semua Di Google Play Store Dengan One UI 7
January 3, 2025 Fahim Zahar

Samsung Good Lock adalah aplikasi kegemaran untuk pengguna peranti Samsung yang menggelar diri mereka sebagai Power User. Ini kerana Good Lock adalah aplikasi rasmi oleh Samsung khusus untuk mengubahsuai dan melakukan kustomasi kepada peranti dengan One UI. Good Lock sehingga hari ini terhad di negara terpilih dan di Galaxy Store sahaja, tetapi tahun 2025 semuanya berubah.

Sekali lagi, Good Lock akan kembali ke Google Play Store dan tidak lagi menjadi terhad seperti bulan Mei tahun lepas. Khusus untuk One UI 7, Good Lock akan tersedia di Play Store untuk akses terbuka kepada semua pengguna di seluruh dunia. Semua versi boleh dimuat turun dan dikemaskini sama ada dari Galaxy Store atau Play Store.

Pelbagai aplikasi dan pemalam Good Lock akan ditawarkan. kesemua 15 dikatakan akan ditawarkan seperti LockStar, Home Up, NavStar, NotiStar, QuickStar, MultiStar dan Clockface. Versi baharu ini turut akan menggunakan rekaan antaramula baharu yang lebih moden, sokongan carian, lebih mudah menguruskan ciri yang ingin diubahsuai dan banyak lagi.

Good Lock baharu telah pun tersedia untuk pengguna beta One UI 7. Akses meluas dijangka akan tiba selepas One UI 7 ditawarkan kepada semua peranti yang layak dalam bentuk stabil.

Komen