Carian
Tempahan Awal Honor Magic7 Pro Kini Dibuka Dengan Deposit RM200
January 3, 2025 Amy Maizuraa

Tempahan awal untuk peranti Honor Magic7 Pro kini dibuka di Malaysia selepas diacah sejak beberapa minggu lalu. Ia boleh dilakukan dengan meletakkan bayaran deposit RM200 dan berpeluang menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM2,096. Sekiranya berminat, tempahan ini telah dibuka sehingga 8 Januari 2025 namun harga jualan rasmi masih lagi dirahsiakan pada waktu ini.

Honor Magic7 Pro merupakan telefon pintar mercu dengan perkakasan terkini yang menarik dalam kelasnya. Ia dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite yang dicipta khusus untuk kecerdasan buatan (AI), serta berkuasa bagi memastikan prestasi yang lancar. Selain itu menawarkan gabungan keupayaan AI serba boleh yang menunjukkan komitmen Honor terhadap kualiti dan inovasi. Penawaran penuh hanya akan diketahui selepas pelancaran rasminya di Malaysia pada 9 Januari 2025. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dengan membaca perkongsian kami di masa akan datang.

Komen