Carian
Xiaomi Menjadualkan Pengenalan Siri Redmi Note 14 Pada 10 Januari 2025
January 4, 2025 Aman

Xiaomi kini memulakan tahun 2025 dengan menjadualkan pengenalan siri telefon pintar baharu dibawah siri Redmi, iaitu Redmi Note 14. Tarikh pengenalan peranti dibawah siri Redmi ini hadir sehari selepas pelancaran siri Poco terbaru yang dijadualkan pada 9 Januari 2025.

Untuk makluman, ini adalah pelancaran peringkat global, selepas Xiaomi melancarkan peranti berkenaan untuk pasaran China. Di China, sebanyak tiga model berbeza diperkenalkan, iaitu Redmi Note 14, Redmi Note 14 Pro dan juga Redmi Note 14 Pro+.

Bersama-sama dengannya juga, kita mungkin melihat sejumlah aksesori lain turut diperkenalkan oleh Xiaomi sebagai pelengkap. Sama-sama kita nantikan 10 Januari 2025 ini, untuk melihat sendiri penawaran peranti Xiaomi, dan berapakah harga jualannya untuk pasaran tempatan.

Komen