Carian
UGREEN Nexode Desktop Charger 500W Diperkenalkan – Bakal Tiba Mac 2025
January 6, 2025 Fahim Zahar

UGREEN baru-baru ini telah melancarkan pengecas baharu di bawah siri Nexode untuk tahun 2025. Pengecas baharu ini adalah pengecas desktop yang mengandungi 5x port USB-C dan 1x port USB-A. Lebih menarik, ia adalah pengecas dengan kuasa mencapai 500W.

UGREEN Nexode Desktop Charger 500W adalah pengecas desktop yang agak besar dengan saiz 14.6cm x 11.46cm x 6.07cm dan mempunyai berat 1.8 kilogram. Pengecas ini menggunakan teknologi pengecasan Power Delivery 3.1 dan Qualcomm Quick Charge 3.0. 1x port USB-C akan kekal membekalkan kuasa 240W, walaupun port USB-C lain sedang digunakan. Port lain boleh membekalkan kuasa 100W untuk banyak peranti atau empat laptop dengan kuasa 60W ke atas.

Port USB-A terhad dengan kuasa 20W. Pengecas ini jelas sekali adalah iterasi lebih berkuasa berbanding Nexode GaN 300W yang pernah kami uji sebelum ini. UGREEN Nexode Desktop Charger 500W hanya akan mula dijual bermula bulan Mac 2025 nanti. Jika versi 300W dijual pada harga sekitar RM699, berapa pula agaknya untuk versi 500W?

Komen