Redmi Turbo 4 dilancarkan secara rasminya di China sebagai telefon pintar baharu dalam siri berkenaan. Ia menggunakan skrin OLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3200nits. Selain itu menyokong HDR10+, Dolby Vision dan perlindungan Corning Gorilla Glass 7i.
Ia juga dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 8400-Ultra dan sistem penyejukan keluli tahan karat seluas 5000mm² bagi pengaliran haba lebih baik. Selain itu mempunyai cip khusus yang dinaik taraf untuk ketahanan berganda pada suhu serendah -35°C. Pilihan memori sehingga sehingga 16GB LPDDR5X RAM dan storan sehingga 512GB UFS 4.0 turut disediakan sebagai pelengkap.
Sistem kamera pula terdiri dengan sensor utama 50MP (Sony LTY-1.95 600 / 600) dan ultra lebar 8MP dengan kemampuan merakam video 4K60FPS. Diikuti dengan kamera hadapan sebesar 20MP untuk tangkapan gambar swafoto dan panggilan video. bateri karbon-silikon 6550mAh yang besar disertakan dengan pengecasan pantas 90W yang boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 45 minit.
Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo, pengimbas cap jari di skrin, lis air IP66/IP68/IP69 dan pemancar merah. Harga jualan rasmi bermula diantara RMB1999 (~RM1,227) sehingga RMB2499 (~RM1,535) dan dipercayai boleh dilancarkan sebagai Poco X7 Pro untuk pasaran global.