Seperti Samsung, hari ini juga mengumumkan sokongan pembantu maya berkecerdasan buatan (A) Microsoft CoPilot pada siri TV pintar keluaran mereka. Menurut LG, CoPilot akan membolehkan pengguna mencari dan menyusun maklumat kompleks dengan cekap. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan lebih menarik, AI Chatbot secara proaktif mengenal pasti cabaran pengguna dan menawarkan penyelesaian yang tepat.
TV pintar LG tahun ini hadir dengan alat kawalan “AI Remote” baharu yang boleh mengenalpasti suara pengguna yang memberikan arahan menerusi ciri AI Voice ID. Dengan ini TV akan mengubah tetapan dan aplikasi pilihan berdasarkan suara pengguna. Di TV pintar yang menyokong profil sebelum ini, proses mengubah siapa yang menggunakannya perlu dilakukan secara manual.
LG belum lagi menunjukkan bagaimana CoPilot akan diintegrasikan kepada sistem operasi WebOS tetapi seperti tahun lalu, tahun ini juga akan melihat pelbagai ciri AI diperkenalkan pada produk kegunaan harian.