Carian
Google Gemini Akan Menjadi Pembantu Maya Baharu Jam-Jam Wear OS
January 7, 2025 Fahim Zahar

Seperti yang sudah dijangka, Google Gemini iaitu chatbot AI generatif baharu ini akan menjadi pengganti kepada Google Assistant. Secara perlahan, kebanyakan peranti Android telah pun menjadi Gemini sebagai pembantu maya lalai. Akan datang, ia turut akan terkesan kepada jam-jam Wear OS.

Buat masa ini penggunaan penuh Gemini pada jam masih tidak jelas. Di telefon, untuk kawalan Google Home dan kawalan lain – Gemini bergantung kepada pelbagai pemalam untuk berfungsi seakan Assistant. Dalam kod yang pihak Android Authority temui, sokongan Gemini Live iaitu ciri berbual bersama chatbot AI akan disokong.

Samsung Galaxy Watch Ultra + Google Assistant

Pada jam, sokongan menyeru Gemini dengan Hey Google turut akan disokong. Agak kecewa yang sokongan Hey Gemini masih belum diperkenalkan. Turut tidak pasti sama ada adakah Wear OS 5.0 sahaja akan menerimanya atau semua dari Wear OS 3.0 dan ke atas. Sama-sama kita nantikan.

Komen