Carian
SKMM Dan Pusat Respons Scam Kebangsaan Menghalang 3.1 Bilion Panggilan Scam Sejak 2022 – Fahmi Fadzil
January 7, 2025 Nazrin

Pada penghujung bulan Oktober tahun lalu, kami ada melaporkan bahawa Pusat Respons Scam Kebangsaan telah mengatakan bahawa mereka telah menerima lebih dari 100 ribu aduan dengan kerugian sebanyak RM371 juta.

Hari ini, sewaktu acara pembukaan International Regulatory Conference 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah mengatakan bahawa sehingga Disember 2024, pihak SKMM telah menghalang 3.1 bilion panggilan telefon yang disyaki scam dan telah memproses sebanyak 12 ribu aduan berkaitan panggilan scam dalam kerjasama bersama Pusat Respons Scam Kebangsaan sejak 2022.

Ini setelah laporan State of Scam Report 2024 yang dikeluarkan pada bulan Oktober yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia menjadi mangsa dan kehilangan RM54 bilion kepada penipuan-penipuan ini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025 juga, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukan sebanyak RM20 juta kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan untuk memperkukuhkan lagi agensi tersebut untuk memerangi ancaman panggilan-panggilan scam di Malaysia.

Komen