Carian
Selepas Google Wallet, Alliance Bank Turut Menambah Sokongan Untuk Samsung Wallet
January 7, 2025 Aman

Baru-baru ini, kita sedia melihat Google Wallet menyenaraikan sokongan untuk kad Alliance Bank, sekaligus memudahkan para pengguna perkhidmatan perbankan tersebut menambah kad Alliance Bank, dan melakukan pembayaran dengan menyentuh peranti Android yang disokong pada terminal pembayaran. Kini, selepas Google Wallet, Samsung Wallet turut menambah sokongan untuk pengguna Alliance Bank.

Buat masa ini, sokongan hanya ditawarkan untuk pengguna kad kredit Visa bagi pelanggan Alliance Bank. Langkah ini sekaligus akan memudahkan pengguna melakukan pembayaran di lokasi yang menerima Samsung Pay, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna menjana ganjaran tambahan.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, pengguna Alliance Bank yang menambah kad mereka ke Samsung Wallet bermula 9 Januari 2025 akan menerima baucar RM5 di beberapa peruncit terpilih. Disamping itu, untuk tempoh 9 Januari sehingga 28 Januari 2025, pengguna turut berpeluang memenangi peranti Samsung terpilih apabila menjadi pengguna Alliance Bank yang berbelanja paling tinggi menggunakan Samsung Pay.

Komen