Carian
Acer Memperkenalkan Dua Lagi Variasi Konsol Mudah-Alih – Dengan Saiz Mencapai 11-inci
January 7, 2025 Aman

Acer sebelum ini telah pun memperkenalkan konsol mudah-alih mereka dinamakan sebagai Nitro Blaze 7. Tidak cukup dengan itu, dalam usaha memberikan lebih pilihan kepada pengguna, hari ini pada acara CES 2025, pihak Acer memperkenalkan dua lagi variasi konsol mudah-alih mereka, iaitu Nitro Blaze 8 dan juga Nitro Blaze 11.

Masing-masing membawakan saiz skrin lebih besar berbanding sebelumnya, iaitu 8.8-inci dan juga 10.95-inci. Ia dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 7 8840HS, memori 16GB LPDDR5X dan juga storan sehingga 2TB. Acer turut menyertakan aplikasi Acer Game Space yang memudahkan pengurusan dan akses kepada aplikasi dan permainan melaluinya.

Acer Nitro Blaze 11 turut hadir dengan sokongan boleh membuka dan mengasingkan alat-kawalan, sekaligus membawa kepada kaedah permainan seperti konsol melalui skrin yang boleh ditegakkan. Bagi pembeli konsol mudah-alih ini juga, akan diberikan akses tiga bulan untuk PC Game Pass, sekaligus memberikan akses kepada sejumlah permainan menarik melaluinya. 

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk konsol mudah-alih yang menjalankan Windows 11 ini masih belum diumumkan lagi.

Komen