Carian
Indonesia Mengatakan Pelaburan $1 Bilion Apple Masih Tidak Mencukupi
January 8, 2025 Effi Saharudin

Sebagai negara dengan jumlah pendudukan keempat terbesar di dunia, Indonesia juga ialah antara pasaran penting pengeluar telefon pintar. Sehingga kini siri iPhone 16 tidak dibenarkan dijual di Indonesia kerana Apple tidak memenuhi keperluan 40% komponen peranti dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Selepas beberapa kali cadangan pelaburan Apple ditolak, mereka kemudian dilaporkan ingin menawarkan pelaburan $1 bilion di Indonesia pada penghujung tahun lalu.

Menurut laporan Reuters, Nick Ammann yang merupakan timbalan presiden perhubungan kerajaan global Apple telah melakukan pertemuan dengan Agus Gumiwang Kartasasmita yang merupakan menteri industri Indonesia semalam. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menetapkan sasaran untuk kandungan perjanjian pelaburan tetapi belum menetapkan sebarang jangka masa untuk ia dilaksanakan.

Agus tidak berkongsi apakah yang telah dijanjikan oleh Apple tetapi mengatakan sekiranya ianya pelaburan $1 bilion ia masih tidak mencukupi untuk Indonesia. Ini mungkin petanda awal Indonesia mahukan pelaburan lebih besar setanding diterima negara jiran Vietnam dan Malaysia yang mempunyai kilang pengeluaran Apple.

Komen