Lenovo IdeaCentre Mini x (1L, 10) yang dilancarkan hari ini ialah komputer desktop pertama yang menggunakan cip Snapdragon X. Ia adalah komputer mini yang cip Snapdragon X Plus 8 teras atau Snapdragon X yang mempunyai NPU berkemampuan 45 TOPS yang menjadikannya juga menjadikannya desktop Copilot+ PC pertama dunia.
Ini dipadankan kepada memori sehingga 32GB 8488MHz LPDDR5X RAM, storan sehingga 1TB Gen 4 SSD. Pilihan I/O pula adalah 3x USB 3.2 Gen2, 1 x USB Type-C USB 4.0, 1x USB Type C USB3.2 Gen2, 1x USB 2.0, 1x RJ45, 1x bicu audio, 1x HDMI 2.1 TMDS dan 1x DP 1.4a. Satu kekurangan pada komputer mini ini ialah ia tidak mempunyai speaker terbina.
Kesemua komponen dimasukkan ke dalam kerangka bersaiz 195.0 x 191.0 x 42.6 mm dengan berat 1.805 kg. Akhir sekali sistem operasi yang digunakan ialah Windows 11. Lenovo IdeaCentre Mini x akan mula dijual pada April 2025 pada harga bermula $659.99 (~RM 2969).