Carian
Porsche Design Honor Magic7 RSR Akan Ke Pasaran Malaysia
January 8, 2025 Amy Maizuraa

Honor mengumumkan bahawa edisi Porsche Design Honor Magic7 RSR akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ia dilihat lebih bergaya daripada sudut rekaan luaran bersama elemen mewah dan moden. Selain turut hadir dengan sokongan perkakasan dan perisian dipertingkatkan yang meliputi keupayaan kecerdasan buatan canggih untuk memenuhi keperluan pengguna.

Ini juga bukanlah kali pertama Honor membawa masuk edisi eksklusif berkenaan ke Malaysia. Malahan sudah terdapat generasi sebelum iaitu Porsche Design Honor Magic6 RSR yang dijual pada RM7,499. Persoalan kini, bagaimana pula dengan model baharu ini? Segalanya akan diketahui pada pelancarannya esok iaitu 9 Januari 2025. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti baharu Honor ini.

Komen