Carian
Lokasi OnePlus 13 Kini Boleh Dijejak Walaupun Peranti Dimatikan
January 9, 2025 Fahim Zahar

Pada April tahun lalu, Google memberikan ciri penjejakan peranti mirip Apple Find My Device. Menerusinya lokasi peranti Android masih boleh dikesan walaupun peranti telah dimatikan tetapi ia terhad kepada siri Google Pixel 9 sahaja.

Kini OnePlus 13 turut menerima ciri yang sama. Apabila peranti cuba dimatikan, teks peringatan oleh Find My Device akan dipaparkan pada bahagian atas skrin. Tiga pilihan ditawarkan iaitu Without network, With network in high-traffic areas only dan With network in all areas. Satu ciri memerlukan akses Internet, satu lagi untuk pencarian di kawasan lebih luas dan satu lagi tidak kira apa situasi sentiasa mencari dengan akses Internet.

Perbezaan dengan ciri di Pixel ialah ciri carian UWB tidak diaktifkan pada OnePlus 13. Walaupun peranti boleh dibunyikan untuk memudahkan pencarian, luas kawasan untuk menjejak peranti adalah terlalu luas pada ketika ini. Dalam cubaan saya mencari OnePlus 13 di pejabat Amanz, Find My Device memberi lokasi Kampung Bharu dengan keluasan radius beberapa kilometer yang langsung tidak membantu.

Komen