Carian
Google Berhadapan Saman Kumpul $5 Bilion Kerana Menjejak Aktiviti Web Tanpa Kebenaran
January 10, 2025 Effi Saharudin

Hakim mahkamah di California menolak permintaan Google untuk menolak saman kumpul yang difailkan pada tahun 2020 atas dakwaan mereka menjejak aktiviti web pengguna walaupun selepas mereka memintas supaya tidak dijejak. Terdapat tetapan Web & App Activity pada setiap akaun Google yang memberikan pilihan kepada pengguna supaya tidak dijejak. Namun begitu Google didapati masih melakukannya tanpa kebenaran pada pengguna telefon pintar.

Ini melanggar undang-undang privasi di California tempat saman difailkan. Hakim mengatakan Google masih mengumpul data pengguna walaupun selepas menerima reaksi negatif daripada kakitangan. Google pula mengatakan pengumpulan data yang dilakukan tidak memberikan kesan negatif kepada sesiapa kerana sekadar aktiviti menyimpan rekod.

Kes kini akan dibicarakan pada Ogos depan dengan plaintif memintas ganti rugi sebanyak $5 bilion. Ini bukan kes pertama Google didapati menjejak aktiviti web tanpa kebenaran. Pada tahun 2020 mereka bersetuju memadam berbilion data aktiviti web pengguna tab inkognito di Chrome.

Komen