Carian
Lenovo Legion Go S Akan Tiba Di Malaysia Seawal Februari Dengan Harga Bermula RM3,299
January 10, 2025 Amy Maizuraa

Lenovo Legion Go S telah dilancarkan minggu ini sebagai konsol mudah alih pihak ketiga pertama yang menggunakan sistem operasi SteamOS. Selain turut ditawarkan dengan sistem operasi Windows 11 bagi mereka yang tidak ingin menggunakan SteamOS. Ia nampaknya disahkan tiba di Malaysia seawal Februari akan datang dengan harga jualan bermula RM3,299. Spesifikasi tempatan akan diumum kelak sekiranya terdapat perbezaan.

Untuk rekod, Lenovo Legion Go S (8”, 1) sebelum ini diumumkan dengan 8” LCD WUXGA 120Hz yang menyokong sentuhan. Ini dipadankan kepada cip pilihan cip AMD Ryzen Z2 Go atau AMD Ryzen Z1 Extreme, memori sehingga 32GB 7500Mhz LPDDR5X RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 55.5Whr dengan 3 sel. Selain turut dilengkapi port USB4, pembaca kad microSD, dan sokongan Wi-Fi 6E untuk sambungan pantas.

Komen