Carian
Malaysia Akan Dikenakan Halangan Akses Penuh Cip Pusat Data Oleh Amerika Syarikat
January 10, 2025 Effi Saharudin

Harapan Malaysia untuk menjadi hab pusat data dunia akan terjejas berikutan arahan terbaru Presiden Joe Biden yang akan menghadkan akses kepada cip dengan teknologi Amerika Syarikat. Menurut laporan Bloomberg, arahan yang akan dikeluarkan hari ini meletakkan negara-negara dunia ke dalam tiga kategori utama.

Grafik : Bloomberg

Kategori pertama menerima akses penuh cip untuk pusat data dengan ia terdiri daripada negara-negara sekutu Amerika Syarikat seperti Australia, Jepun, Taiwan dan Kesatuan Eropah. Malaysia dimasukkan ke dalam kategori kedua dengan jumlah kuasa maksimum pusat data akan dihadkan. Selain Malaysia negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara lain turut menerima nasib yang sama.

Kategori terakhir ialah negara yang dikategorikan sebagai musuh Amerika Syarikat seperti China, Rusia, Myanmar dan Iran. Negara dalam kategori ini dihalang daripada mengimport cip pusat data.

Negara-negara kategori kedua akan diberikan akses tanpa had jika bersetuju dengan keperluan sekuriti dan hak asasi manusia yang ditetapkan oleh Amerika. Amerika akan memberikan status Pengguna Akhir Disahkan (VEU) kepada negara yang mematuhi keperluan yang ditetapkan ini.

Malaysia dan negara Timur Tengah dimasukkan ke dalam kategori kedua kerana Amerika mengesyaki negara-negara ini digunakan oleh negara kategori ketiga untuk memintas halangan teknologi yang dikenakan sebelum ini. Tahun sebuah syarikat Malaysia dimasukkan ke dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat kerana menjual semikonduktor ke Rusia bagi tujuan ketenteraan.

Komen