Carian
Siri REDMI Buds 6 Dan REDMI Watch 5 Turut Kini Boleh Dibeli – Harga Bermula RM199
January 10, 2025 Fahim Zahar

Bersama-sama dengan pelancaran siri REDMI Note 14 hari ini, Xiaomi Malaysia turut melancarkan siri REDMI Buds 6 dan REDMI Watch 5. REDMI Buds 6 dan Buds 6 Pro adalah versi lebih premium berbanding Buds 6 Play dan Buds 6 Lite yang dilancarkan pada bulan September tahun lepas. Sementara Watch 5 pula adalah jam tangan pintar baharu mereka dengan HyperOS 2.0.

REDMI Buds 6 adalah TWS premium mampu milik dengan dwi-pemandu audio, dwi-mikrofon, pelbagai mod pembatalan hingar aktif (ANC) dan juga pengalaman pendengaran audio 360 darjah baharu. Ia juga menggunakan rekaan premium seperti mempunyai jalur LED berbanding satu lampu LED sebagai indikasi bateri dan sambungan. TWS ini turut menggunakan lapisan excimer untuk kemasan kusam terbaik dan kekal kelihatan premium sepanjang masa.

Untuk versi Pro, ia menggunakan tiga pemandu audio gabungan 2x pemandu Hi-Res dan 1x PZT tweeter. Ia juga adalah antara TWS paling murah dengan ciri penjejakan kepala untuk audio spatial. Kemampuan ANC menjanjikan pengalaman seakan TWS mercu, dan turut pada setiap fon telinga mempunyai kawalan sentuhan.

REDMI Watch 5 pula adalah jam tangan pintar HyperOS 2.0 mereka dengan rekaan skrin segi empat seakan Apple Watch. Ia juga mempunyai butang fizikal khas yang kelihatan seakan tombol berputar di sisi jam. Skrin adalah AMOLED 2.07″ 60Hz dengan kecerahan 1500 nits.

Selain itu, REDMI turut menawarkan lebih 200 muka jam termasuk Floating Portrait Mode baharu. Jam ini mempunyai motor linear dengan lebih 20 mod getaran dan lebih 150 mod sukan. Jam ini turut mempunyai mod walkie-talkie berasaskan Bluetooth dengan jarak operasi sehingga 200 meter. Melalui HyperOS 2.0, Watch 5 membawakan sokongan NFC Car Key Support, Instant Notifications, Smart Device Control.

Untuk penjejakan dengan data yang jitu, algoritma khas digandingkan bersama cip AFE yang dibangunkan REDMI sendiri. Ketahanan bateri jam ini adalah sehingga tangan ini boleh beroperasi sehingga sehingga 24 hari dengan satu pengecasan.

Berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia;

  • REDMI Buds 6 – RM199
  • REDMI Buds 6 Pro – RM299
  • REDMI Watch 5 – RM359
Komen