ESPN, Fox, dan Warner Bros Discovery Batal Pelancaran Platform Penstriman Sukan
Effi Saharudin
Pada Februari tahun lalu, ESPN, Fox dan Warner Bros. Discovery mengumumkan mereka akan melancarkan platform penstriman Venu Sports yang akan menawarkan kandungan Formula 1, La Liga, NFL, NBA, WNBA, MLB, NHL, NASCAR, NCAA, UFC, Golf PGA TOUR, Tennis Grand Slam, Piala Dunia FIFA, basikal dan banyak lagi.

Dalam kenyataan bersama, pelancaran Venu Sports dibatalkan kerana dalam pasaran yang sentiasa berubah keputusan terbaik ialah untuk memenuhi permintaan peminat sukan yang semakin berkembang dengan memberi tumpuan kepada produk dan saluran pengedaran sedia ada.
Namun begitu sejak pengumuman dilakukan, Venu Sports menerima tentangan pelbagai pihak khususnya peminat yang lebih selesa melanggan kepada platform penstriman tertentu sahaja dan bukan pakej yang menawarkan semuanya di bawah satu payung gergasi yang diramalkan pasti lebih mahal.