Proton kini mengumumkan kemaskini untuk para pengguna kenderaan Proton X70 2025, dimana melalui kemaskini perisian untuk sistem inforia kenderaan tersebut, ia menawarkan sokongan untuk Android Auto yang dinantikan ramai. Bagi anda yang menggunakan Proton X70 2025, boleh menyemak kemaskini melalui sistem inforia masing-masing, dan melakukan naik-taraf ke sistem operasi terbaru.
Dengan langkah ini, para pengguna boleh menghubungkan dengan mudah telefon Android ke sistem inforia kenderaan, dan mengakses sejumlah aplikasi dengan mudah pada skrin sistem inforia bersaiz 12.3-inci berkenaan. Ini termasuk akses kepada aplikasi Google Maps dan juga Spotify.
Selain sokongan untuk Android Auto, pihak Proton telah menawarkan kemaskini untuk Apple CarPlay bagi pengguna Proton X70 2025 pada penghujung 2024 lepas.