2024 Ialah Tahun Paling Panas Sejak Suhu Direkodkan
Effi Saharudin
Tahun 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan. Purata suhu dunia pada tahun lalu adalah 15.1 °C dan adalah kali pertama suhu purata adalah 1.5°C lebih panas berbanding suhu pra-perindustrian (1850-1900) bermula di muka bumi. Ia juga adalah 0.12 °C lebih panas berbanding 2023 yang merupakan tahun dengan suhu purata paling tinggi.

Tahun lalu suhu purata tertinggi dicatatkan setiap bulan mendedahkan situasi perubahan iklim yang semakin serius. Antara fenomena aneh tahun lalu ialah puncak Gunung Fuji tidak bersalji sepanjang Oktober seperti kebiasaannya.
Perubahan iklim telahpun menyebabkan kemusnahan habitat serta ancaman kepupusan terhadap flora dan fauna bumi. Data daripada Copernicus menunjukkan sasaran Perjanjian Iklim Paris 2015 yang ingin menghadkan peningkatan suhu 1.5 ºC mungkin sudahpun gagal. Pandemik lima tahun lalu memperlahankan peningkatan suhu global tetapi ia sekadar sementara sahaja.