Badan pelaburan memfokuskan sukan milik kerajaan Arab Saudi kini dilaporkan dalam perbincangan untuk melabur sekurang-kurangnya $1 bilion pada perkhidmatan penstriman memfokuskan sukan, iaitu DAZN.
DAZN sebelum ini sedia ditawarkan untuk pengguna Malaysia, menawarkan akses kepada kandungan tinju, golf, bola sepak, esukan, perlumbaan, dan sebagainya. Ia telah ditawarkan kepada pengguna tempatan sejak 2020 lepas.

Untuk makluman, Arab Saudi sedia melakukan sejumlah pelaburan besar dalam arena sukan, termasuk memposisikan negara tersebut sebagai destinasi untuk pelbagai acara – termasuk FIFA World Cup 2034 akan datang. Pelaburan pada DAZN dijangka akan melengkapkan lagi portfolio melibatkan sukan dibawah Arab Saudi. Pelaburan ini juga dijangka akan memudahkan lagi pemasaran Liga Pro Saudi kepada pasaran global.
Buat masa ini, kedua-dua pihak belum mengeluarkan sebarang komen rasmi. Pengumuman berkaitan pelaburan ini dijangka diumumkan seawal Januari 2025 ini.