Carian
Hollyland LARK M2S Kini Boleh Dibeli – Harga Bermula RM499
January 15, 2025 Fahim Zahar

Hollyland LARK M2S kini boleh dibeli di Malaysia, selepas hampir seminggu ia dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global. Hari ini, 15 Januari 2025 adalah hari pelancaran mikrofon kecil dan berkuasa baharu ini untuk pasaran tempatan.

LARK M2S dikatakan bukan pengganti kepada LARK M2, tetapi adalah versi kemas kini dengan masa hadapan berpotensi untuk LARK M3 pula diperkenalkan. Versi baharu ini tidak lagi menggunakan sambungan magnet untuk dikepilkan pada pakaian, tetapi menggunakan sistem klip yang diperbuat daripada titanium.

LARK M2S Combo

Saiz mikrofon kecil ini menyokong rakaman audio 24-bit fideliti tinggi, menyokong rakaman dengan mod pembatalan hingar persekitaran, serta turut boleh melakukan rakaman sehingga jarak 300 meter. Setiap mikrofon turut tidak mempunyai logo jenama pada permukaan hadapan. Ketahanan bateri dipertingkatkan ke hampir 9 jam penggunaan secara terus dan mencapai 30 jam dengan pod pengecasan.

Pod pengecas LARK M2S turut boleh menyimpan semua mikrofon, penerima USB dan penerima kamera di dalam satu tempat. Berat mikrofon hanyalah 7 gram. Pada mikrofon ada satu butang untuk ENC, pada penerima kamera ada butang kuasa, roda kawalan suara 3-tahap, port USB-C dan port bicu audio 3.5mm. Pelbagai kawalan masih boleh dilakukan bersama aplikasi LARK Sound.

Di Malaysia, tiga kombo akan ditawarkan dengan harga bermula RM499. Dengan setiap pembelian pembeli turut akan menerima 2x bulu dead cat, 1x kabel TRS 3.5mm ke TRS 3.5mm, 1x kabel USB-A ke USB-C, kad jaminan dan buku panduan.

LARK M2S Combo
RM659
LARK M2S Mini Combo
RM599
LARK M2S USB-C
RM499
RX – Penerima Kamera (1x)✔️✔️
RX – Penerima USB-C (1x)✔️✔️✔️
TX – Mikrofon Nirwayar (2x)✔️ ✔️✔️
Kabel Lightning ✔️

Setiap kombo Hollyland LARK M2S ini boleh dibeli di laman e-dagang rasmi Hollyland Shopee dan Lazada atau di kedai-kedai yang membawa masuk mengikut stok edaran Pixel Distribution.

Pilihan warna putih akan diperkenalkan tidak lama lagi, begitu juga kombo dengan penerima USB-Lightning.

Komen