Carian
Imej Pengolokan Samsung Galaxy S25 Slim Tertiris
January 16, 2025 Effi Saharudin

Siri Samsung Galaxy S25 akan dilancarkan pada 23 Januari ini dengan ia dijangka menawarkan penambahbaikan yang dinantikan peminat peranti mercu Samsung. Antara peranti yang dipercayai akan dilancarkan sekali ialah Samsung Galaxy S25 Slim dan pagi ini imej pengolokannya tertiris menerusi laman SmartPrix.

Ia menunjukkan peranti dengan sisi rata yang sama sahaja dengan S25 Ultra, S25+ dan S25 yang juga telah tertiris sebelum ini. Tidak jelas kelihatan tetapi S25 Slim hanya setebal 6.4mm yang adalah 1.2mm lebih nipis berbanding sebuah S24. Pengenalan model Slim dipercayai dilakukan kerana wujud ura-ura iPhone 17 Air akan dilancarkan tahun ini juga dengan rekaan lebih nipis berbanding iPhone biasa.

Dapat dilihat S25 Slim hanya dilengkapi tiga kamera di belakang berbanding siri Ultra yang dilengkapi empat kamera. Namun begitu SmartPrix mengatakan kamera yang digunakan terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP yang lebih besar saiznya berbanding S24+. Misteri mengenai peranti ini akan terjawab dalam masa 7 hari sahaja lagi.

Komen