Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dijangka diganti pada 31 Januari 2025, masih di peringkat ujian pelbagai fasa.

Menurutnya, kontraktor terlibat masih menjalankan beberapa ujian yang meliputi ujian sistem sepenuhnya dan persepaduan sistem, sebelum boleh diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dibuat pengujian terakhir. Walaupun Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebelum ini menyatakan projek itu akan siap pada 31 Januari akan datang. Tetapi setakat ini mereka belum berikan tarikh yang tetap atau tarikh tertentu untuk perkhidmatan itu kembali beroperasi.

Loke turut menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan kelewatan MAHB dalam projek berkenaan. Ramai pihak juga menggesa pihak pengurusan dan kementerian terlibat untuk segera membaik pulih kerosakan kemudahan aerotrain tersebut kerana telah menyukarkan pergerakan pengguna.
Aerotrain adalah sistem transit automatik di KLIA yang menjadi satu-satunya sistem pengangkutan untuk penumpang di antara dua terminal. Tahun lalu MAHB mengumumkan untuk menggantikannya dengan sistem baharu disebabkan oleh gangguan teknikal yang dialami perkhidmatan berkenaan.