Joy-Con Nintendo Switch 2 Mungkin Boleh Digunakan Sebagai Tetikus
Effi Saharudin
Semalam Nintendo akhirnya memperlihatkan rekaan rasmi konsol Switch 2 dengan maklumat mengenai pelancarannya akan diumumkan pada awal April. Yang jelas kelihatan ialah skrin dan tongkat belakang yang lebih besar serta alat jawapan Joy-Con baharu yang kini disambung menggunakan magnet.

Tetapi dalam video acah yang dikongsi oleh Nintendo, dapat dilihat kedua-dua Joy-Con boleh digunakan sebagai tetikus lengkap dengan aksesori pelapik. Di bahagian sisi Joy-Con baharu ini juga dapat dilihat sensor dengan kaca yang nampak mirip seperti sensor pada tetikus optikal. Sensor ini tidka wujud pada Joy-Con untuk Switch generasi pertama.

Jika sokongan tetikus diberikan, ini mungkin usaha Nintendo untuk memberikan pengalaman seakan menggunakan PC pada konsol mereka khususnya dalam permainan FPS. Pada waktu yang sama ini bukanlah ciri aneh kerana sudahpun wujud pada pengawal permainan Legion Go yang boleh digunakan sebagai tetikus.