Carian
OpenAI Akan Melancarkan Akses Kepada ChatGPT o3 Mini Dalam Beberapa MInggu Lagi
January 19, 2025 Aman

OpenAI sedia mengumumkan model o3 tidak lama sebelum ini, menekankan ia menawarkan ciri analisa dan penaakulan lebih baik berbanding model o1 hari ini. Terbaru, berkongsi mengenainya, CEO OpenAI mengatakan model berkenaan akan dilancarkan kepada umum dalam beberapa minggu lagi.

Model o3 ini dijangka akan menyelesaikan sejumlah permasalahan melibatkan pengaturcaraan, matematik dan juga sains. Disamping itu, ia juga boleh melakukan tugasan yang kompleks melalui ciri penaakulan lebih baik.

Sebelum ini, model pertama dibawah siri “penaakulan” ini telah diperkenalkan pada September 2024, iaitu o1. OpenAI melancarkan terus kepada model o3, untuk mengelak sebarang masalah hak cipta melibatkan syarikat telekomunikasi di barat, iaitu o2, membuatkan mereka melangkaui penggunaan nama o2 untuk model mereka.

Komen