Tidak sampai 24 jam selepas mengumumkan operasi mereka dihentikan di Amerika Syarikat, TikTok kini kembali awal pagi tadi. Dalam pengumuman rasmi yang dikeluarkan TikTok mereka mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump yang akan mengangkat sumpah hari kerana membenarkan operasi syarikat diteruskan.
Pengaktifan semula operasi TikTok di Amerika dilakukan secara berperingkat. Walaupun perkhidmatan kembali pulih, aplikasi masih tidak boleh dimuat turun menerusi Play Store dan App Store di negara tersebut. Trump dipercayai akan mengeluarkan perintah melanjutkan tempoh jualan TikTok selama 90 hari lagi sejurus selepas rasmi memegang jawatan presiden.
Sungguhpun begitu dalam hantaran ke Truth Social semalam, Trump berkata beliau masih inginkan pemilikan 50% oleh entiti Amerika Syarikat untuk TikTok terus beroperasi. Ini selari dengan permintaan beliau enam tahun lalu semasa mengarahkan TikTok dijual jika ingin beroperasi di dalam negara. Selepas kalah kepada Presiden Biden dalam pilihanraya 2019, arahan ini telah dibatalkan dan hanya pelayar khas yang dikendalikan oleh Oracle perlu digunakan bagi menyimpan data pengguna Amerika.
Ketika artikel ditulis hanya TikTok kembali beroperasi sementara Lemon8, CapCut dan Marvel Snap yang kesemuanya mempunyai penglibatan Bytedance masih lagi disekat.