Carian
Ura-Ura Pengambil-alihan Penuh Intel Menyebabkan Nilai Saham Syarikat Meningkat
January 20, 2025 Nazrin

Pada penghujung minggu lepas, ia dilaporkan bahawa nilai saham Intel telah meningkat dengan sangat mendadak, dan ini adalah kerana terdapat ura-ura berkenaan pengambil-alihan penuh syarikat tersebut oleh pihak yang tidak diumumkan identiti mereka buat masa ini.

Sebuah memo yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut berkenaan pengambil-alihan ini telah disahkan oleh seorang eksekutif berpangkat tinggi di syarikat tersebut, dan ini telah mengapi-apikan spekulasi berkenaan pengambil-alihan tersebut.

Intel HQ

Modal pasaran Intel Corp kini dinilaikan pada sekitar $92 bilion, dan ia turut dikatakan bahawa kumpulan yang mahu mengambil-alih Intel mempunyai dana yang mencukupi untuk melakukannya, dan ini menyebabkan saham Intel untuk meningkat setinggi 10 peratus.

Walaupun begitu, sebarang pengambil-alihan berkaitan Intel akan perlu melalui pemeriksaan kawal selia yang sangat ketat, khususnya kerana Intel merupakan penerima dana CHIPS Act yang bermakna bahawa syarikat tersebut diwajibkan untuk mengeluarkan dan menghasilkan cip semikonduktor untuk keperluan kerajaan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, hanya syarikat domestik sahaja yang dibenarkan untuk mengambil-alih Intel, menjadikan kumpulan syarikat yang mampu menampung pengambil-alihan ini sangat kecil.

Komen