Oppo Find N5 Akan Dilengkapi Dengan Kalis Air IPX6, IPX8 Dan IPX9
Amy Maizuraa
Fotografi di dalam air atau Underwater Photography kembali menjadi trend pada tahun 2025. Oppo telah memperkenalkannya pada siri Reno13 baharu yang boleh digunakan tanpa aksesori tambahan. Selain itu mempunyai butang kawalan dengan proses penggunaan bawah air yang mudah.

Kebolehan berkenaan nampaknya akan dilancarkan ke peranti di bawah siri Find pada masa sama dilengkapi sokongan kalis air lebih baik. Melaluinya, Oppo Find N5 dikatakan hadir dengan sokongan kalis air IPX6, IPX8 dan IPX9 dalam masa yang sama. Ini sepatutnya menjadikan Find N5 antara telefon boleh lipat terawal yang menyokong ciri itu setakat ini. Video promosi dikongsi turut memperlihatkan kebolehan peranti merakam video dalam air tanpa aksesori tambahan. Saranan penggunaan juga tidak lebih daripada 30 minit yang kebiasaan menjadi syarat utama pengguna untuk peranti sebegini.

Penawaran itu juga menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding generasi sebelum ini yang tidak mempunyai sebarang penarafan kalis air. Selain itu mempunyai rekaan yang praktikal dan mudah alih membolehkannya digunakan dalam pelbagai situasi harian tanpa halangan. Tiada maklumat mengenai spesifikasi diketahui setakat artikel ditulis.